Wednesday, May 6, 2015

Q&A: Gold Accumulation Program


1. Apakah Gold Accumulation Program (GAP)?

GAP adalah produk dan kaedah pembelian terbaru emas Public Gold (PG). GAP lebih kurang akaun emas iaitu kita beli emas dan PG tolong simpankan secara percuma tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli dan tanpa yuran ataupun upah simpanan.


2. Adakah GAP patuh syariah?

Ya patuh syariah kerana emasnya wujud dan boleh dikeluarkan bila-bila masa di kesemua cawangan PG seluruh Malaysia. Selain GAP PG, akaun emas yang patuh syariah hanyalah Kuwait Finance House (KFH) dan Al Rajhi.



3. Siapa yang sangat perlukan GAP?

Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
- Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
- Nak beli emas PG, tapi menetap di overseas atau jauh dari pejabat PG.
- Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM150 – RM200 sebulan.
- Alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM150 – RM200 sebulan setiap anak.


4. Berapakah modal permulaan untuk GAP?

Modal permulaan hanya RM100 dan kita akan terus ada 0.67g emas di dalam akaun (harga emas GAP semasa: RM150/g). Tapi saya syorkan untuk terus beli sekurang-kurangnya 1g emas. Selepas itu, boleh tambahkan simpanan emas dengan gandaan 1g pada bila-bila masa.

Berbeza dengan KFH, belian pertamanya mestilah 10g.


5. Bagaimana nak semak harga semasa GAP?

Harga semasa GAP boleh disemak di laman web PG. Lihat bahagian atas kiri (Gold Accumulation Program 24K). Harga akan berubah setiap hari jam 12.00 malam. Urusniaga GAP adalah 24 jam sehari, 365 hari setahun dan boleh beli secara online, jual pun secara online.


6. Adakah GST dikenakan?


Harga jualan mengikut harga dipaparkan di laman web PG dan tiada GST dikenakan. Ini kerana hanya emas 99.5% yang mempunyai standard antarabangsa (seperti LBMA) sahaja dikecualikan GST dan Public Gold satu-satunya syarikat tempatan yang mempunyai emas LBMA-nya tersendiri buat masa ini. Fakta ini memang telahpun disahkan oleh Public Gold sendiri dengan Jabatan Kastam.


7. Apakah ketulenan emas GAP?

Emas GAP berketulenan 999.9, berbeza dengan emas KFH yang berketulenan 995.



8. Apakah susut nilai emas GAP?

Bermula dengan 1 gram (8%), 10 gram (8%), 20 gram (6%), 50 gram (5.5%), 100 gram (5%), 250 gram (4.5%) dan 500 gram (4.5%)



9. Bagaimana nak mengeluarkan emas fizikal dari GAP?

Kita hanya perlu pergi ke mana-mana 16 cawangan PG seluruh negara untuk mengeluarkan emas fizikal. Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj 'gold premium' serendah RM5.


10. Jika ingin mengeluarkan kesemua emas, berapakah baki minimum perlu ditinggalkan dalam GAP?

Kita boleh mengeluarkan kesemua emas yang disimpan di dalam akaun GAP. Tetapi untuk kekal aktif,  kita hanya perlu tinggalkan minimum 1g baki di dalam akaun.


11. Jika ingin menjual emas PG, apakah syarat belian balik?

Bagi kebanyakan syarikat pengeluaran emas, mereka tidak akan terima jika emas dalam keadaan seal terbuka atau rosak. Kita terpaksa jual dikedai emas sebagai 'used gold' dengan susut nilai sekitar 25%. Tapi, PG jamin beli emas itu. Jika seal dibuka, PG masih beli dengan susut nilai 15% sahaja.


12. Bagaimana nak buka akaun GAP?


A. Semak harga di website PG untuk harga 1g emas GAP 24k (atas kiri). Katakan harga hari ini RM150/g dan kita nak beli 3g. Maka jumlah harga RM450 untuk 3g emas 999.9


B. Bank in duit (ex:RM450 jika nak beli 3g) ke acc Maybank PG: 557139238048 (PUBLIC GOLD MARKETING)

C. Dah bank in, simpan gambar resit 

D. Hantar gambar resit (whatapp pun boleh) ke nombor PG 0174866916 berserta detail dibawah:


New customer:

Nama penuh (mengikut IC)
IC No
Hp No
Email
Tarikh bayaran
Masa bayaran
Nama introducer : Siti Norbaidurah binti Ayob
PG Code Introducer : PG054906

D. Tunggu reply dari nombor tersebut. Pembayaran akan diproses dalam masa 48 jam dan selepas itu, anda akan mendapat resit dan simpan resit tersebut.






Untuk maklumat lanjut, boleh terus tanya saya:
Siti Norbaidurah
PG054906
014-7740178












No comments:

Post a Comment